blog post?
October 19th, 2008 by azzah126opppss! feel free to visit my new blog at http://azahjaafar@blogspot.com/
opppss! feel free to visit my new blog at http://azahjaafar@blogspot.com/
Aku sendiripun dah tak berapa ingat berapa kali dah cerita bab kursus DPA ni. Dalam sekali baru eh. Malas pulak aku imbau blog yang lepas-lepas. Jadual pact giles. Yang Azmi (M44) aku lak dok pening-pening wat keje aku dan Naf kat JPN. semalam, dekat kul 7pm gakla si Azmi tu call. Pening bab pendaftaran Kursus Mengulang PTK bil 1/2008. Sempat gak membebel kat aku, sekarang ni hari-hari dia balik kul 8. Kesian gak aku dengar. Tapi nak buat macam mane kan. Akupun nak kejar confirmation aku.Entah bila lah KPM nak masukkan orang baru kat situ. Ada lagi 3 kosong M41.
Bila citer bab kursus, minggu lepas Sidang aku baru je habis kursus BTN. Jangan cakaplah, semangat Kenegaraan memang membara. Bagi aku, kursus tu tinggalkan effect yang mendalam pada diri aku dan kawan-kawan sekursus yang lain. Paling best sekali, ader aktiviti flying fox. Dah lama tinggal. Seram sejuk gakla masa mula-mula nak terjun tu. tinggi beb, lompat dari menara. Tapi, syok abis.
Then, sambung dengan kuliah undang-undang minggu ni. Satu cabaran yang begitu mencabar bagi yang takder background undang-undang macam aku ni. Ada pulak assignment. 4 study cases. And each question carries 25 marks. Alamak, manerla aku nak korek kes bab-bab terrorism. Paling bagus, setiap kali assignment, kawan-kawan sumer ingat aku paling awal siap assignment. Iyo lah tu!
Hi,hi…lama dah tinggal blog aku ni sejak berkursus ni. Sebenarnya ada banyak nak cerita, termasuklah kekecohan sebelum pergi DPA sampai la modul-modul kursus tu. Tapi rasanya kalau aku tutup bab kecoh sebelum ke DPA tu, its okay kan? Alhamdulillah at last dapat jugak pergi ke kursus tu. Kalau tak, ntah bila nak konfem. Oh ya, kepada PTD muda, anda hanya akan konfem usai kursus DPA dan pengesahan dalam perkhidmatan hanya akan diperoleh selepas konvo DPA (walaupun tarikh confirm will backdated).
18/2/08 (Isnin)–lapor diri ke INTAN. Selepas taklimat, kami hanya diberi masa yang singkat untuk menukar pakaian ke pakaian sukan kursus DPA. Masa tak sampai sejam itulah yang digunakan untuk angkut barang ke bilik, kemas barang untuk ke modul seterusnya: Integrasi Kumpulan.
So, the next modul was a camping in Bukit Cahaya (Cerakah), Shah Alam. Camping ni selama 3 hari 2 malam.So, masa kat situ, ada banyak program yang boleh dikira sebagai satu pengalaman baru. Antaranya, night walks. Peserta kursus tak boleh bawak torchlight, hp, lighter & apa2 sahaja alat yang dapat mengeluarkan cahaya. Pergerakan adalah secara berkumpulan di dalam hutan. Nasib kami agak baik sebab cahaya bulan yang mengambang banyak membantu. Selain tu, ada aktiviti treasure hunt. Paling best, ada slot menangkap catfish in the paddy field. Aku hampir2 dapat tangkap catfish tu. tapi sebab takder skills, catfish yang ada kat tangan aku tu melongsor lari. frust gak beb. Dinasihatkan, masa aktiviti ni, pakailah tudung berwarna hitam bagi wanita yang bertudung.
Pastu, pada hari Ahad lepas, kumpulan aku dibawa untuk aktiviti Penjelajahan Gunung Angsi,N9. Memang mencabar mental dan fizikal beb, tambah lak bagi orang2 yang tak pernah daki gunung macam aku ni. Setakat bukit kat Ulu Selama tu pernahlah. Itupun masa sekolah dulu. Perjalanan kami diiringi oleh renjer hutan di situ.
OK, then yesterday kami ada program mentor mentee, dimana para peserta kursus akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan akan mempunyai seorang mentor yang terdiri daripada pegawai INTAN yang sekurang-kurangnya gred M48. Ada jugak kumpulan yang dapat mentor muda, baru berusia awal 30-an. Sebab, seperti kata Tan Sri Ismail Adam, KPPA, dalam service PTD, business not as usual. Siapa yang berwibawa, berketrampilan dan kompeten, maka dia yang akan lebih ke hadapan.
Ok blog, jumpa lagi bila aku free. rasa macam nak demam jer ni sebab tadi buat cabaran larian 2.4km dalam hujan lebat. Adios!
Actually I supposed to be in Putrajaya today for MAPPA-8 (Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke8). But there was a lot of task need to be done.It still left 5 working days, to ensure that I’m settle everything within that. What I’m worrying about is I still did not receive a ‘call letter’ from ministry as a bail to DPA’s.
Berdebar-debar lak rasanya bila dapat tahu ramai kawan-kawan dah dapat surat panggilan ke kursus DPA (Diploma Pengurusan Awam). Was confirmed, tarikh daftar diri ialah pada 18 Februari ni. Kursus yang berlangsung selama 6 bulan (hingga 22 Ogos 2008) itu nanti terdiri daripada 2 sidang. Sidang kuliah dan sidang luar (outside).Kepada pegawai PTD muda, kursus inilah yang paling dinantikan sebab kalau tak lalui dan tak lulus DPA, takleh confirm dalam perkhidmatan beb.
Rasa suka ada, rasa berdebar ada, seram pun ada gak. Macam-macam la bercampur baur.Cuma rasanya taklah best macam ABC+. Mood pun waktu ni dok fikir nak habiskan kerja cepat-cepat, buat nota serah tugas cepat-cepat, dan pegi DPA cepat-cepat.
Semalam ‘report duty’ setelah lebih seminggu menghilang kat ofis. staf-staf semua tegur, "lama tak nampak?". aku senyum jer lah. apa nak buat beb, hilang sebab keje aku memang ler banyak kene gi outstation.
Naik ofis jer, K Rodiah bagitau yang En Ilyas dah ambil senarai calon pengawas peperiksaan PTK hari tu. apa pulak mimpi dia tiba-tiba caring bab ni?hmmm. tapi kalau dia boleh faham bidang kerja aku, dengan staf yang belum-belum masuk lagi, its okaylah.ni semua aku nak cope sorang-sorang, SPP lepas tangan, mane leh jadi. lagipun, MPM confirm tak salahkan aku punya.Dahla PKS yang incharge exam tu diaorang tak lepas. Gunasama. So, aku boleh tumpu pada pendaftaran kursus DG dan hal-hal logistik exam PTK.Paling penting, bab serah tugas.
dah agak dah, balik ofis mesti ada ‘berita’ baru. tadi balik jap untuk ambil kertas tugasan calon ulangan. dapat surat kene gi meeting kat klia concorde inn dari 11-16 februari ni. 18feb dah kene gi INTAN. mane nak pindah, mane nak packing barang.macam mane ni? hari ni rasanya pecut paling laju dari sg petani ke kangar.
pagi tadi manage kursus, lunch dekat kul 2 baru boleh lunch lepas setel semua. terus rush kejap ke kangar untuk ambil waran flight dari unit kewangan. sampai sane dekat jam 4.30 gaklah. kene balik ambil hari ni jugak sebab flight hari ahad. ada urusan sket kat KPM dan JPM hari isnin tu.huru-hara dibuatnya.
wuih, letih giles.masuk minggu dah dah 3 minggu jadual kerja penuh.nak cari sabtu dan ahad yang ‘free’ dalam satu bulan tu pun selalunya memang tak nampak bayang.aku pun hairan gak, dari mane la datang idea kerja gomen ni relax and steady. ruins aderlah.rata2 aku punya batch pun macam aku gakla. tambah lagi satu faktor, nak setelkan sume kerja before gi dpa nanti. kalau tak, mau lagi pening kepala si azmi tu nanti. sebab dia dah lepas dpa. so, dia tanggung tugas unit aku dan nafizal.
ape2pun, aku punya mood dah tak sabar nak kembali belajar. semangat jer, berkobar2. iyerla tu. silap2 kene lanyak je dengan pp kat sane nanti.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku dah lama tak update citer kat blog aku ni.Tapi mau citer apa ya? Kesibukan pada tugas sejak kebelakangan ini mungkin salah satu puncanya. Yang pastinya, aku kene settlekan semua kerja-kerja sebelum kelas bermula on Februari.
Sekejap ajer masa dah berlalu. Dah 2008. Bila tahun baru jer, mesti nak berazam.Macam nak buat SKT (sasaran kerja tahunan) lak. haha. Ntahlah, dalam hidup aku tak pernah wujud azam tahun baru ni. yang ada, target dalam hidup. Kalau nak cerita tentang tahun 2007 ni, banyak benda. Tapi, yang pentingnya, kemajuan dalam kerjaya.
Aku taklah maksudkan kerjaya sekarang ni buat aku maju. Tak. Tapi mungkin sekarang aku dah jumpa kerjaya dalam bidang yang aku minat. Selaras lak dengan course yang pernah aku attend masa blaja dulu. Quite happy actually. Tapi, kalau aku stay dengan company lama pun, not bad. Gajipun lumayan. Tambah lak management pandai tackles hati pekerja. Baru-baru ni, si Elis, member aku tu hantar mesej semata2 nak bagitau dia tengah buat paspot nak gi Jepun. Excited gamaknya minah tu.Semua ex-company aku tu sponsor. Kecuali duit blanje. Last time, she missed the boat to Hong Kong. Masa aku nak resign dari situ, my team tengah plan nak bercuti dengan Star Cruise.It’s ok then.
Joint current service pun not that bad, eventho aku boleh rasa perbezaan yang ketara. Terutama sekali, bab environment kerja. Dahla designation tu jadi tajuk hangat. Muka depan akhbar beb. TV lak, buat polls-setuju atau tak setuju. Kami lak, dah tau tempat posting, tapi takleh posting lagi. "Pool" dulu, berenang-renang sampai dah nak naik lemas. Sedangkan jiwa yang baru joint this service berkobar-kobar nak buat kerja.
Alhamdulillah, semua tu berlalu dengan baik aku rasa. Aku harap, kitaorg yang satu team ni dah tunjukkan performance yang bagus setakat ini. No big deal, no issue I hope. So, sempena tahun 2008 ni, aku just wants to enjoy my course.
cepat sungguh masa berlalu. datang ramadhan, pastu syawal…pastu dah dekat nak hujung tahun. macam tak sedar jer dah 10 bulan dalam tahun ni dah lepas. apa aku dah buat dalam 10 bulan ni yek? hari ni still kat kl, meeting. just completed 2 meetings. malam ni start satu lagi meeting baru, sampai 3nov ni.letih, letih gak. kalau nak pergi meeting lenggang kangkung, tadah telinga jer bukanlah kerja namanya.apa yang penting outcome hasil meeting tu.susah gak wat Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) ni rupa2nya. ambil masa yang panjang untuk satu2 exam tu. tapi setakat ni, aku enjoy di unit ni buat PTK. walaupun selalu kene outstation, at least dapatlah cover keboringan hidup aku di kangar. dapatlah jumpa kawan2 lama. bercerita, bergosip, bincang hal kerjaya… memang bestlah.
last saturday, sempat lagi aku tonton "teater P Ramlee: the musical". dengan elis, erwan dan liza (klik si elis). teater tu memang best. dari segi prop, set pentas (siap ada train yang ada steam lagi untuk babak P Ramlee ke Tanjung Pagar, Singapore). Pelakon lagilah best. Aku rasa kekadang bukan Sean yang berlakon, tapi P Ramlee tu seperti berada di atas pentas. apapun, untuk watak pelakon wanita, aku paling sukakan Melissa yang bawa watak Norizan. memang superb. paling menyerlah malam tu walaupun tak banyak babak yang libatkan Melissa. aku ingat, teater tu kalau on the stage lagi, mau sold out lagi tiket. kali ni, aku akan make sure, beli tiket awal2, takderla aku kene menempel kat belakang. chowww!